Sunday, March 15, 2009

Hipertensi - Anda Mampu Mengubahnya


HIPERTENSI


Tekanan darah terhasil apabila daya dikenakan ke atas dinding arteri ketika darah dipam oleh jantung ke seleruh bahagian badan. Tekanan darah menentukan kekuatan jantung, isipadu darah yang dipam oleh jantung dan juga kemampuan arteri ketika menyalurkan darah ke organ-organ badan.

APAKAH TEKANAN SISTOLIK?

Ia adalah tekanan darah ketika jantung menguncup ketika mengepam darah ke organ-organ badan.

APAKAH TEKANAN DIASTOLIK?

Ia adalah tekanan darah ketika jantung berehat di antara dua degupan jantung.

PENYEBAB HIPERTENSI

Tekanan darah ditentukan oleh isipadu darah yang dipam oleh jantung dan oleh saiz serta keadaan arteri. Faktor-faktor yang yang menyumbang kepada tekanan darah termasuklah isipadu air dalam darah, tahap garam dalam badan, keadaan buah pinggang, sistem salur darah dan tahap pelbagai hormon dalam badan.

SIMPTOM-SIMPTOM HIPERTENSI

Kebiasaannya tiada simptom. Kebiasaannya anda mengalami sakit kepala. Jika anda mengalami sakit kepala yang teruk anda dinasihatkan terus berjumpa doktor dengan segera. Berikut adalah tanda seseorang itu mengalami hipertensi atau komplikasi akibat hipertensi:

  • keletihan
  • kecelaruan (confusion)
  • penglihatan yang kurang baik
  • sakit dada
  • kegagalan jantung
  • kencing berdarah
  • hidung berdarah
  • degupan jantung tidak sekata
  • telinga berdengung

Friday, March 13, 2009

Diabetes




Pankreas terletak berhampiran hati dan ia berfungsi sebagai tempat di mana hormon insulin dihasilkan. Insulin digunakan oleh tubuh untuk mengawal paras gula di dalam darah.

Diabetes adalah penyakit yang disebabkan oleh paras glukos yang tinggi di dalam darah. Ia disebabkan paras insulin yang terlalu rendah di dalam darah atau insulin yang tidak efektif atau kedua-duanya.


FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB

Apabila makanan diproses, glukos dihasilkan dalam saluran darah. Glukos adalah sumber tenaga kepada badan. Pesakit diabetes mempunyai tahap glukos yang tinggi dalam darah. Pankreas tidak dapat mengeluarkan insulin yang mencukupi untuk menukar glukos kepada lemak, atau otot, lemak dan sel hati tidak bertindakbalas kepada insulin atau kedua-duanya.

Diabetes terbahagi kepada 3 kategori:
  • Diabetes jenis 1 selalunya dikesan semasa usia kanak-kanak. Badan tidak menghasilkan insulin yang mencukupi dan suntikan multivitamin insulin diperlukan untuk meneruskan hidup. Diabetes jenis 1 berlaku apabila sel badan dimusnahkan oleh sistem imun pesakit.
  • Diabetes jenis 2 adalah lebih kerap di kalangan pesakit. Ia terdiri dari 90 peratus dari kalangan pesakit diabetes. Ia berlaku di kalangan orang dewasa. Dalam diabetes jenis 2 pankreas pesakit gagal untuk menghasilkan insulin yang mencukupi untuk mengawal paras gula di dalam darah pada paras yang normal. Kebanyakan orang tidak mengetahui mereka menghidapi diabetes jenis 2 walaupun tahap mereka adalah serious.
  • Gestational diabetes berlaku kepada wanita yang mengalami kehamilan walaupun mereka sebenarnya bukan pesakit diabetes.

RISIKO DIABETES
• Latarbelakang keluarga (family history)
• Usia melebihi 45 tahun
• Obesiti
• Hipertensi
• Gestational diabetes
• Paras lemak yang tinggi dalam darah
• Tahap kolestrol yang tinggi

(DAPATKAN E-BOOK "TIPS KESIHATAN" YANG BERNILAI RM49 SECARA PERCUMA! ----->>)